Monday, 5 May 2014

TAKWIM UNIT PAKK DAN PRASEKOLAH 2014

Salam tuan-puan , kami ingin maklumkan di sini sebahagian aktiviti yang telah dan akan dilaksanakan berdasarkan arahan yang telah diterima. Aktiviti ini adalah sebahagian daripada perancangan unit sepanjang tahun 2014. Dilampirkan juga beberapa dokumen berkaitan sebagai panduan semua guru prasekolah dan pentadbir bagi melancarkan pengurusan dan pelaksanaan aktiviti yang akan dijalankan.

1. Pemantauan Pengurusan Prasekolah

 - Telah berjalan dan akan melibatkan 70 buah kelas prasekolah di seluruh negeri yang telah dipilih oleh PPD masing-masing. Setakat ini, 20 buah kelas telah dipantau dari 2 buah daerah iaitu Besut dan Dungun. Pemantauan seterusnya akan dilakukan pada bila-bila masa dan nama2 kelas yang terlibat harap telah dimaklumkan oleh PPD masing sebagai persediaan. Bagi kelas yang tidak tersenarai juga diharap bersedia kerana  pemantauan ini dijalankan secara berkelompok dan pemantau juga akan ke kelas yang akan dipilih secara rawak sekiranya berkesempatan.

2. Pemantauan Pengurusan Koakademik Prasekolah

Ia merupakan program rintis yang melibatkan 20 buah sekolah dari semua daerah. Ia telah berjalan dan semua sekolah telah dipantau. Program ini akan dijalankan secara rasmi setelah mendapat arahan daripada KPM dan diharapkan semua kelas prasekolah dapat membuat persediaan dari semasa ke semasa berpandukan instrument yang dilampirkan.

3. Program Kecemerlangan Prasekolah 2014

Tema program pada tahun ini adalah SUKAN DAN PERMAINAN. Acara yang akan dipertandingkan adalah Futsal dan Bola Jaring. Ia akan dijalankan di setiap daerah bagi mencari mencari wakil ke peringkat negeri yang dijangka dilaksanakan pada bulan September 2014. Taklimat telah pun dilaksanakan pada peringkat PPD dan diharapkan semua sekolah telah mendapat maklumat berkaitan program ini daripada PPD masing2.

4. Pertandingan Reka cipta Prasekolah.

Program ini merupakan program baru yang dirancang oleh Unit PAKK dan Prasekolah, JPNT. Pertandingan ini akan melibatkan semua kelas prasekolah yang diseluruh negeri. Kertas konsep pertandingan seperti yang dilampirkan sebagai panduan untuk semua guru. Namun begitu, program ini masih diperingkat perancangan bergantung kepada peruntukan yang akan diterima.

5. Kursus Peningkatan Profesionalisme Guru dan Pembantu Pengurusan Murid Prasekolah Bil.2/2014

Program telah dilaksanakan pada bulan April di Royal Guest House, Kota Bharu melibatkan seramai 77 orang dari kalangan guru dan PPM. Kursus ini bertujuan untuk memberi pendedahan tentang kaedah pengurusan kelas prasekolah yang baik dan perkara yang perlu dilakukan bagi memastikan PdP dapat berjalan dengan lancar. Diharapkan semua peserta yang terlibat mendapat manfaat daripada kursus ini dan dapat menggunakan pengetahuan yang diperolehi bagi menguruskan kelas prasekolah dengan baik. Bagi guru dan PPM yang belum terlibat dalam kursus ini boleh mendapatkan maklumat berkaitan daripada rakan-rakan yang hadir dan Insyaallah kursus untuk Bil.3 akan dilaksanakan setelah mendapat peruntukan seterusnya.

6. Program Kebersihan dan Keceriaan

Program rintis untuk penarafan bintang terhadap tahap kebersihan dan keceriaan prasekolah di negeri Terengganu. Instrumen penilaian telah dihantar ke semua PPD untuk dipanjangkan ke semua sekolah sebagai panduan pelaksanaan. Penilaian awal akan dijalankan bermula Ogos. Setiap sekolah yang diniali akan diberi anugerah bintang mengikut tahap yang dicapai. Anugerah tertinggi adalah 5 bintang

DOKUMEN BERKAITAN.

1. INSTRUMENT PEMANTAUAN PENGURUSAN PRASEKOLAH
2. INSTRUMEN KOAKADEMIK

3. INSTRUMEN KESEDIAAN MURID
4. INSTRUMEN KEBERSIHAN DAN KECERIAAN

5. PERTANDINGAN BOLA JARING
6. BIJAK PRASEKOLAH
7. FUTSAL

Monday, 27 January 2014



PELAKSANAAN MENU STANDARD PRASEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA.


Sukacita dimaklumkan bahawa, satu prauji pelaksanaan Cadangan Menu Standard Prasekolah KPM telah dijalankan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia dengan kerjasama Kementerian Pendidikan Malaysia pada bulan Ogos hingga Oktober 2012. Tujuan utama prauji dijalankan adalah bagi melihat kesesuaian menu dari segi penerimaan murid prasekolah dan kos bahan mentah yang terlibat. Pelaksanaan Menu Standard yang dicadangkan ini amat penting dalam memastikan murid prasekolah mendapat nutrien yang diperlukan untuk pertumbuhan dan perkembangan kanak-kanak.



Gambar Hiasan



Oleh itu, Diharapkan semua kelas prasekolah Negeri Terengganu menyambut baik cadangan Menu yang disediakan sebagai panduan dalam penyediaan menu yang seimbang dan bagi memastikan murid prasekolah mendapat nutrien yang diperlukan seterusnya dapat melahirkan insan yang sihat dari segi mental dan fizikal. Salinan cadangan bekenaan telah pun diedarkan ke semua sekolah dan diharapkan dalam penerimaan semua kelas prasekolah.
 








Saturday, 18 January 2014


PENJELASAN TENTANG SUNTIKAN TIFOID BAGI PENYEDIAAN MAKANAN OLEH PEMBANTU PENGURUSAN MURID PRASEKOLAH KEMENTERIAN PENDIDIKAN MALAYSIA


 Assalamualaikum dan salam sejahtera.

Isu berkaitan keracunan makanan telah menjadi topik hangat diperkatakan kini. Tahap kebersihan setiap premis dan pekerja yang menyediakan makanan sering dipantau bagi memastikan tahap kebersihan dan cara penyediaan makanan yang selamat. Oleh yang demikian, salah satu cara pencegahan bagi mengelakkan keracunan makanan oleh pengendali makanan khususnya untuk peniaga-peniaga ialah dengan suntikan Pelalian Tifoid. 

Bagi pengendali makanan di premis kerajaan  seperti kantin dan juga kelas prasekolah juga diwajibkan mengambil suntikan ini supaya tahap kebersihan dalam penyediaan makanan terjamin. Namun begitu, terdapat persoalan daripada pengendali makanan yang menyediakan makanan dalam sejumlah yang kecil seperti kelas prasekolah, adakah mereka ini perlu juga mendapat suntikan ini? 

Persoalan ini telah diajukan kepada Kementerian Kesihatan Malaysia ( KKM ) dan KKM telah memberi penjelasan berkaitan perkara ini melalui surat Bil (3) dlm KKM-171/BKP/11/54/0083 JLD 2 bertarikh 24 Disember 2013. Pihak KKM berpandangan bahawa tiada bukti saintifik untuk mewajibkan pelalian Tifoid kepada Pembantu Pengurusan Murid ( PPM ) prasekolah walaupun sebahagian tugas mereka mengendali makanan. Justeru itu, KKM menyarankan supaya PPM diberi kursus pengendalian makanan selamat dan dilatih tatacara menggelakkan penyakit berjangkit terutamanya keracunan makanan sebelum memulakan tugas mereka.
     


Gambar Hiasan




Diharapkan dengan penjelasan ini, perkara yang menjadi persoalan PPM selama ini terjawab dan dapat bersama-sama memastikan tugasan seharian terutamanya dalam aspek penyediaan makanan  dapat dilaksanakan dengan sempurna tanpa mengabaikan aspek kebersihan. PPM juga harus banyak membuat rujukan tentang aspek penyediaan makanan selamat supaya tidak terjadi perkara yang tidak diingini... Insyaallah..


Lampiran....

Sila Klik.SURAT KEMENTERIAN KESIHATAN MALAYSIA


Saturday, 4 January 2014






DARIPADA UNIT PAKK DAN PRASEKOLAH, JABATAN PENDIDIKAN NEGERI TERENGGANU


















MAKLUMAN PENGGUNAAN PERUNTUKAN TAMBAHAN MAKANAN 2013

Untuk makluman..kebanyakan sekolah masih keliru dengan penggunaan duit tambahan makanan prasekolah yang belum di tuntut iaitu melepasi tarikh kuatkuasa..Contohnya duit peruntukan telah masuk ke akaun sekolah bermula bulan Oktober sedangkan peruntukan yang diterima adalah untuk 75 hari bermula dari tarikh kuatkuasa 26 Jun 2013. Oleh yang demikian mengikut perkiraan hari sehingga 14 November 2013 jumlah hari melebihi jumlah nyang diperuntukan iaitu berkurangan sebanyak 10 hari.

Oleh sebab itu, sekolah boleh membuat tuntutan makanan tersebut bermula tarikh duit masuk ke akaun manakala duit yang belum dituntut boleh digunakan utk membeli makanan tambahan ataupun dibawa ke tahun 2014.

Sebarang kekeliruan boleh diajukan ke Unit PAKK dan Prasekolah, JPNT.

Saturday, 26 October 2013

MAJLIS PROGRAM KHATAM PINTAR AL-QURAN PERINGKAT NEGERI TERENGGANU 2013

ASSALAMUALAIKUM DAN SALAM SEJAHTERA.

Seperti yang telah tuan puan sedia maklum bahawa pada tahun ini sekali lagi Kerajaan Negeri Terengganu telah mengadakan Majlis Khatam Pintar Al-Quran Peringkat Negeri Terengganu bagi edisi 2013. Oleh yang demikian semua Guru Prasekolah Negeri Terengganu perlu mengambil maklum perkara-perkara seperti berikut :

1. Tarikh Program : 7 November 2013
2. Tempat              : Stadium Tertutup Gong Badak, Kuala Terengganu
3. Masa                 : 10.00 pagi ( majlis bermula ).

Persediaan Guru :

1. Sila hadir pada masa yang ditetapkan.
2. Pastikan semua murid memakai Tag Nama yang mengandungi Nama Murid, Nama Guru dan No.  
    Telefon guru dan Nama Sekolah.
3. Sila pastikan murid dan guru berada pada tempat yang dikhaskan untuk JPNT dan mengikut 
    daerah masing-masing.
4. Sila bawa bekas untuk mengisi kasut murid dan labelkan mengikut sekolah masing-masing.
5. Sila kenalpasti murid yang dibawa oleh ibu bapa masing-masing dan pastikan ibu bapa 
    menyerahkan anak-anak mereka yang dibawa di khemah yang disediakan oleh pihak urusetia 
    dibahagian bawah berdekatan dengan tangga masuk.
6. Pastikan ibu bapa kenal guru anak mereka dan serahkan no telefon guru pada ibu bapa yang 
    membawa anak mereka sendiri.
7. Sentiasa bersama-sama dengan murid sepanjang program berjalan. DAN
8. Jangan sesekali meninggalkan majlis sebelum program tamat.


DIHARAPKAN SEMOGA PROGRAM PADA TAHUN INI DAPAT BERJALAN LANCAR. TERIMA KASIH ATAS SOKONGAN DAN KERJASAMA DARIPADA SEMUA GURU.

TERIMA KASIH.








Sunday, 13 October 2013

PERUNTUKAN MAKAN PRASEKOLAH


Untuk makluman..Peruntukan untuk bantuan makanan prasekolah telah dinaikan sebanyak RM0.20 berkuatkuasa 26 Jun 2013. Oleh itu, kadar baru akan berubah dari RM1.80 kepada RM2.00 dan peruntukan berkenaan akan dimasukkan ke dalam Akaun Kumpulan Wang Kerajaan bermula Ogos 2013. Berikut dilampirkan surat siaran tentang perkara di atas...


Sila Klik : 

Surat Siaran Perubahan Peruntukan Bantuan Makan Prasekolah